Pemandangan matahari terbit |
Monday, September 21, 2015
Memory of Broga Hill =)
Assalamualaikum w.b.t kepada para readers y disayangi lagi diingati .. kali ini saya ingin berkongsi moment-moment indah ketika mendaki Bukit Broga.. best mendaki dekat sini,, especially utk beginner..sesuai juga utk mereka y nak naik dgn family..sesuai utk semua peringat umur..bawah ni gambar2 dari first trip ke broga smpailah ke trip ke 12th..enjoy the view okay ..
Wrote by
Terror Of Death
at
1:44:00 PM
0
comments
Monday, January 27, 2014
SenJata ImPian Ku (^-^)
PERSATUAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA
Alhamdulillah,,sudah nak masuk 7 tahun saya dalam PSSGM walaupun dah 7 tahun,,masih banyak lagi ilmu gayong yang masih belum dipelajari..dan semangat Gayong sudah terpahat dalam hati saya..terima kasih kepada Cikgu Rasol bin Abd. Ghani yang sentiasa sabar dalam mendidik saya dan rakan-rakan yang lain..teringat plak masa pertama sekali belajar menumbuk dengan Cikgu Rasol, mahu nak tercabut lengan dibuatnya..hehee..dan terima kasih juga kepada cikgu-cikgu silat saya yang lain,,terutama dari UiTM Segamat,,Ustaz Syazali Affendi,,Cikgu Wahiddin,,Cikgu Halim dan Cikgu Khairuddin kerana sudi menerima kehadiran saya dan tidak pernah jemu dalam mengajar saya untuk menjadi seseorang pesilat yang sebenar..Alhamdulillah,,sekarang saya juga sudah bergelar gurulatih,,jadi saya harap saya dapat juga melaksanakan tanggungjawab saya seperti cikgu-cikgu saya huhuu..cuma bila dah lama dalam Gayong,,hati pun teringin juga nak memiliki senjata-senjata silat..ini diantara senjata-senjata yang ingin saya miliki..
huuuuuuu,,,geram bila tengok senjata-senjata ni..in syaa Allah,,ada rezeki,,senjata ini akan saya miliki..hehee untuk sekarang,,hanya mampu untuk mempelajari ilmu Gayong dan menurunkannya pula kepada generasi yang akan datang.
Categories
Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia
BerCinta SebeLum NikAh??
Assalamualaikum w.b.t kepada para readers y dihormati semalam saya dapat satu pertanyaan dari sahabat saya mengenai couple..dia tanya tentang kebaikan couple dan cinta sebelum nikah..saya pun bukanlah arif sngt dalam bidang-bidang ni,,sb saya sendiri pun pernah couple dulu..setiap orang ada pandangan sendiri mengenai perkara ni..jadi saya pun xnk bercerita panjang..sb,,walau mcm mana kita halang skalipun,,dan kita xmampu mengawal perasaan kita,,kita akan tetap lakukan..jadi,,ini semua bergantung kepada kekuatan iman kita..cuma saya nak berkongsi dgn readers tentang dua video yang sahabat saya berikan..in syaa Allah mgkn akan berikan kita sedikit sebanyak gambaran tentang cinta..
Jadi apa pendapat anda semua? saya bukan dalam posisi untuk cakap apa yang salah dan apa yang betul..cuma saya harap apa2 pun pilihan anda,,kita kena sentiasa berharap yang ianya akan membawa kepada ikatan perkahwinan dan in syaa Allah kekal sehingga ke akhir hayat kalau hanya nak dapatkan pengalaman atau test2 market,,xperlulah rasanya..sb dikhuatiri lain pula yang jadi..
Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah pertemukan kita dengan jodoh yang paling sesuai dalam hidup kita Dan saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk entry kali ini.. Sebarang pendapat amat dialukan.. Assalamualaikum wbt
Categories
Mutiara Hati
Subscribe to:
Posts (Atom)