Assalamualaikum wbt kepada para readers y dihormati.. entry kali ini berkaitan dgn mengenali hati pasangan anda..lebih kurang juga dgn entry Mengenali Hati Wanita dan Fakta Mengenai Lelaki.. Seperti yang anda tahu,,setiap hubungan memerlukan kepercayaan dan kefahaman yang tinggi diantara lelaki dan perempuan.. kunci untuk kebahagiaan dlm sesuatu hubungan bermula apabila kita saling faham-memahami sifat diri pasangan masing-masing,, mengalah dalam sesuatu perkara dan lain-lain.. tapi kadang-kadang kita xmampu nak melakukan semua 2..bukannya kita xdpt nak lakukan, tp mgkn juga anda(y perempuan tidak tahu sifat lelaki) atau lelaki tidak tahu sifat perempuan.. jadi dibawah ini ada sedikit hints utk dijadikan rujukan untuk anda dan diri saya sendiri..
Mengenali Hati Pasangan Anda - Tunjukkan rasa sayang kamu samaada melalui kata-kata atau perbuatan
- Hindari segala kata-kata yang boleh menyinggung perasaan hati pasangan anda walaupun anda bermaksud untuk bergurau ataupun anda sedang marah. (kata-kata lebih tajam dari pisau)
- Berusaha mengawal perasaan marah dan mengingati segala kenangan manis kamu bersama pasangan. Bimbinglah pasangan dan sentiasa mengingati tidak semua orang sempurna
- Keluarlah makan di tempat yang istimewa atau bersiar-siar di tempat yang menjadi kenangan manis
- Jangan merendah-rendahkan pasangan anda dihadapan orang lain. Walaupun anda melihat dia seolah tiada apa-apa, tp hati dia terluka kerana anda xmenjaga maruahnya di depan org ramai
- Elakkan memuji orang lain di depan atau di belakang pasangan kamu
- Hargai dan pujilah pengorbanan pasangan walaupun hanya dengan ucapan "terima kasih"
- Berilah bimbingan dan semangat kepada pasangan dalam perkara yang dilakukan agar ia menjadi motivasi kepada pasangan
- Bantu pasangan dalam melakukan kebaikan dan ibadah
1.Kenali Pasangan Anda
Ini merupakan asas kepada mereka yang ingin memulakan sesuatu hubungan. Tanpa kesefahaman dan tolenrasi yang tinggi antara pasangan, sudah semestinya hubungan itu akan menuju pengakhiran. Anda perlu selidik dan mengenal pasti pasangan anda mengenai perkara-perkara yang dia suka dan tidak suka. Yang paling penting anda perlu tahu menggunakan kelemahan dan kekuatan pasangan anda itu sebagai panduan kepada diri anda untuk menjaga hati dan perasaan masing-masing.
2. Bertimbang Rasa Antara Satu Sama Lain
Ini merupakan penyumbang utama kepada suasana yang dingin atau perang mulut diantara pasangan. Bukan senang utk kita memahami dan letakkan diri kita di tempat mereka, dan kadang-kadang kita menganggap yang kita sahaja yang betul dan tidak menghiraukan perasaan pasangan anda. Kita kena amalkan sikap menang-menang atau mengalah jewla klu dah pasangan anda tidak mahu mengalah. Ingat, mengalah tidak semestinya kita lemah, tapi itu menunjukkan betapa tingginya kasih sayang kita terhadap pasangan anda dan hbgan itu sendiri. Kita sudah semestinya tidak mahu hubungan yang terjalin sekian lama setlah pelbagai dugaan y dihadapi berakhir hy disebabkan ego diri kita sendiri. Jadi, bertimbang rasa lah antara satu sama lain yew
3. Sentiasa Prihatin Terhadap Pasangan
Salah satu aspek yang penting dalam sesuatu hubungan. Sekiranya anda mahu mengasihi dan dikasihi oleh pasangan anda, sentiasalah memberi perhatian kepada pasangan anda. Jangan membuatnya seperti barang, apabila perlu dicari, apabila tiada apa-apa keperluan dibuang (untuk wanita dan lelaki).. Sudah menjadi naluri manusia untuk dibelai dan disayangi. Even makhluk yang bergelar LELAKI akan jadi lemah dengan kelembutan seorang WANITA.. dan begitu juga sebaliknya.. Anda harus mengambil berat tentang pasangan anda. Tidak susah pun, cukuplah sekadar anda ty mengenai perasaanya dalam satu hari itu.. atau bila anda ada masa lapang, ty tentang keadaan pasangan anda, dah makan ke belum, penat x atau lain-lain. Nampak mcm simple, tapi percayalah, dengan sedikit kata-kata yang mengambil berat ini, akan lebih memberi kesan di dalam hati pasangan anda daripada anda keluar dating dgn pasngan anda seminggu sekali, selepas tu senyap tanpa khabar berita.
4. Elakkan Topik Yang Sensitif Atau Kurang Menyenangkan
Semasa berbual, saya menasihatkan anda utk sentiasa berhati-hati dengan topik yang anda bincangkan. Jangan berbual mengenai topik yang dapat menyinggung perasaan atau dapat menaikkan kemarahan pasangan anda. Selalunya diantara topik yang tidak seharusnya dibangkitkan adalah topik pembandingan (antara pasangan anda dan bekas kekasihnya,, pasangan anda dgn shbatnya dan lain-lain), topik mengenai bekas kekasih terutama ketika dalam pergaduhan, topik yang pasangan anda cuba lupakan dan lain-lain. Sekiranya anda berbual secara beramai-ramai dgn pasangan anda, rajinkan diri untuk memuji pasangan anda dan jangan sesekali menjatuhkan maruah pasangan anda di hadapan orang walaupun bagi anda itu hanyalah sekadar gurauan. Perbanyakkan berbual topik-topik yang menggembirakan dan boleh mengurangkan tekanan di dalam diri pasangan anda
Kesimpulannya, di dalam sesuatu perhubungan memerlukan pengorbanan yang tinggi. Kalau hanya satu pihak y berusaha, dan satu pihak y lain hanya ikut mood dia, sudah pasti hubungan itu tidak akan bertahan lama. Kekasih yang baik adalah sahabat yang baik. Anda bakal menjadi teman hidupnya dan sudah pasti anda akan menjadi pendengar yang paling setia untuknya. Belajarlah dari sekarang utk menjadi penghibur, pendengar dan penghilang segala kepenatan utk pasangan anda (nasihat untuk diri sendiri). Saya doakan semoga anda semua berbahagia dgn pasangan anda dan hubungan itu akan berakhir dgn ikatan perkahwinan Assalamualaikum wbt
0 comments:
Post a Comment
daftar sebelum komen..