Monday, January 27, 2014

SenJata ImPian Ku (^-^)

PERSATUAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA


Alhamdulillah,,sudah nak masuk 7 tahun saya dalam PSSGM  walaupun dah 7 tahun,,masih banyak lagi ilmu gayong yang masih belum dipelajari..dan semangat Gayong sudah terpahat dalam hati saya..terima kasih kepada Cikgu Rasol bin Abd. Ghani yang sentiasa sabar dalam mendidik saya dan rakan-rakan yang lain..teringat plak masa pertama sekali belajar menumbuk dengan Cikgu Rasol, mahu nak tercabut lengan dibuatnya..hehee..dan terima kasih juga kepada cikgu-cikgu silat saya yang lain,,terutama dari UiTM Segamat,,Ustaz Syazali Affendi,,Cikgu Wahiddin,,Cikgu Halim dan Cikgu Khairuddin kerana sudi menerima kehadiran saya dan tidak pernah jemu dalam mengajar saya untuk menjadi seseorang pesilat yang sebenar..Alhamdulillah,,sekarang saya juga sudah bergelar gurulatih,,jadi saya harap saya dapat juga melaksanakan tanggungjawab saya seperti cikgu-cikgu saya  huhuu..cuma bila dah lama dalam Gayong,,hati pun teringin juga nak memiliki senjata-senjata silat..ini diantara senjata-senjata yang ingin saya miliki..




huuuuuuu,,,geram bila tengok senjata-senjata ni..in syaa Allah,,ada rezeki,,senjata ini akan saya miliki..hehee untuk sekarang,,hanya mampu untuk mempelajari ilmu Gayong dan menurunkannya pula kepada generasi yang akan datang.



Wrote by Terror Of Death at 10:58:00 AM 1 comments

BerCinta SebeLum NikAh??


Assalamualaikum w.b.t kepada para readers y dihormati   semalam saya dapat satu pertanyaan dari sahabat saya mengenai couple..dia tanya tentang kebaikan couple dan cinta sebelum nikah..saya pun bukanlah arif sngt dalam bidang-bidang ni,,sb saya sendiri pun pernah couple dulu..setiap orang ada pandangan sendiri mengenai perkara ni..jadi saya pun xnk bercerita panjang..sb,,walau mcm mana kita halang skalipun,,dan kita xmampu mengawal perasaan kita,,kita akan tetap lakukan..jadi,,ini semua bergantung kepada kekuatan iman kita..cuma saya nak berkongsi dgn readers tentang dua video yang sahabat saya berikan..in syaa Allah mgkn akan berikan kita sedikit sebanyak gambaran tentang cinta..



Jadi apa pendapat anda semua?  saya bukan dalam posisi untuk cakap apa yang salah dan apa yang betul..cuma saya harap apa2 pun pilihan anda,,kita kena sentiasa berharap yang ianya akan membawa kepada ikatan perkahwinan dan in syaa Allah kekal sehingga ke akhir hayat kalau hanya nak dapatkan pengalaman atau test2 market,,xperlulah rasanya..sb dikhuatiri lain pula yang jadi.. 

Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah pertemukan kita dengan jodoh yang paling sesuai dalam hidup kita  Dan saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk entry kali ini.. Sebarang pendapat amat dialukan.. Assalamualaikum wbt 








Wrote by Terror Of Death at 10:23:00 AM 1 comments

Friday, January 24, 2014

Melupakan Seseorang Yang Pernah Kita Sayang dan Cintai




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para readers y dihormati dan disayangi...sudah lama rasanya saya tak update dalam blog ni..klu nak kata dah bersawang,,ni kategori sawang y teramat teruk (^-^)...heheee..Entry kali ini saya nak berkongsi sedikit tentang perpisahan..kita sentiasa tahu bahawa jatuh cinta kepada seseorang merupakan saat yang terindah bagi mana-mana pihak..segala yang susah menjadi senang,,segala kesakitan menjadi penawar,,segala kesedihan menjadi kegembiraan..begitulah betapa hebatnya percintaan apabila kita merasakan dialah yang telah ditakdirkan untuk kita..tetapi bagaimana pula bagi mereka yang gagal dalam perhubungan dan terpaksa memutuskan hubungan tersebut? Saat ini hati kita akan merasakan beban y teramat berat utk kita pikul,,kesakitan yang xmampu kita hadapi,,dan kdg2 menghilangkan semangat kita utk teruskan kehidupan..bukan senang untuk melupakan seseorang yang kita sayang..lebih-lebih lagi apabila selama ini semuanya kita berkongsi dgn dia,,meluangkan masa dengan dia,,dan menghabiskan sepenuh masa dengan kita..mereka yang berada disekeliling kita akan sentiasa bagi semangat pada diri kita..Contohnya mcm ny... "Jangan risau,,pasti akan ada yang lebih baik selepas ini",,"Lupakan dia,,carik yang baru..ko handsome/cantikk..confirm ramai nak punya",,"Kenapa ko nak seksa diri ko,,dia bukan ingat kat ko pun..lebih baik teruskan kehidupan dan carik y baru",,"Bunga bukan sekuntum/Kumbang bukan seekor" dan mcm2 lagi ..tapi hakikatnya,,kita akan masih mengingati si dia dalam hidup kita..kita akan terkenang walaupun kita xingin nak mengenangnya.. ~We can ignore the feelings, but the scar will always exist in our heart.. Jadi,,bercinta ini ada pros and cons..sape yang sentiasa dapat pros,,memang mereka adalah pasangan yang bertuahlah kan..hehee..tapi y dapat cons tu,,how should we handle this kind of situation??hehee..jadi kali ini,,in syaa Allah saya akan berkongsi beberapa tips yang boleh digunakan utk kita melupakan si dia yang pernah kita sayangi =)

Wrote by Terror Of Death at 9:07:00 AM 12 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

PRINCE SPIRO Copyright © 2010 Design by me, hazmispiro