Sunday, February 6, 2011

Tip Senaman Yang Selamat

Assalamualaikum MyEm0.Com..hehe..lama sudah xupdate blog ny...dah berhabuk blog ny dibuatnya =p
erm,,malam ny aq nak terangkan tentang tips senaman y sehat..boleh diamalkan oleh lelaki n perempuan..kadang2 kita xbuat senaman mgkn sb takut xsesuai ngan badan or boleh mendatangkan kecederaan..semua 2 memang boleh berlaku sekiranya kamu salah dalam melakukan senaman..utk tahu lebih lanjut tentang senaman y sehat,,klik bawah ini

Garis panduan dibawah ini boleh melindungi kowang sume dari kecederaan akibat daripada senaman dan membolehkan kowang bersenam secara menyeronokkan. MyEm0.Com

1. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan program senaman kecergasan.

2. Mulakan senaman dengan perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk beberapa minggu apabila anda semakin lebih cergas.
  • Mulakan senaman berselang seli 2 - 3 minit, dengan 2 - 3 minit berehat selama 15 minit.
  • Aktiviti senaman perlu ditambah 2 - 3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30 minit .
3. Mulakan dengan aktiviti memanaskan badan untuk mengelakkan rasa sakit dan kesakitan selepas senaman.

4. Menyejukkan badan dengan membuat aktiviti ringan seperti berjalan atau melakukan rengangan bagi 

mengelakkan pening dan sakit.

5. Perlahankan aktiviti anda jika anda mengalami kesukaran bernafas semasa melakukan senaman.

6. Berhenti dengan serta merta jika anda mengalami:
  • Ketidakselesaan
  • Sakit
  • Pening
7. Pakaian mestilah bersesuaian, longgar dan selesa serta memakai kasut yang sesuai.

8. Masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman:
  • Setiap pagi (sebelum 9.30 pagi waktu Malaysia )
  • Petang ( selepas pukul 6 petang )   MyEm0.Com
9. Persekitaran tempat senaman:
  • Permukaan yang rata.
  • Suhu dan kelembapan udara terkawal.
  • Kawasan redup dan teduh.
  • Tempat yang cukup terang.
10. Pastikan anda mengambil minuman yang secukupnya, sebelum, semasa dan selepas senaman untuk 
menggantikan kehilangan peluh. MyEm0.Com

11. Amalkan senaman pernafasan diantara senaman.

12. Jika anda pengidap penyakit diabetes:
  • Bawa gula-gula atau manisan bersama anda. Makan sekiranya anda berasa pening kerana keadaan hipoglasemia (paras glukos rendah).
  • Pakai kasut yang berlapik dan selesa, bersarung kaki untuk mengelakkan dari kecederaan kaki.
  • Jangan melakukan senaman semasa lapar atau kenyang.
13. Jika anda mengidap tekanan darah tinggi:
  • Berhenti bersenam jika pening, sakit dada dan sukar bernafas.
14. Jika anda gemuk:
  • Jangan lakukan senaman yang terlalu aggresif dan cuba minimakan pergerakan yang berimpak tinggi bagi mengelakkan kecederaan pada otot-otot.

 Kemampuan Bersenam

1. Ujian Percakapan:Perlahankan intensiti anda sekiranya anda sesak nafas bila bercakap semasa bersenam.Tingkatkan intensiti anda sekiranya anda masih mampu bergelak semasa bersenam.

2. Kira Sasaran Denyutan Jantung Anda :
220 - umur x 60% Denyutan Jantung
Contoh:Jika umur anda 70 tahun
220 - 70 = 150
150 x 0.60 = 90
150 x 0.90 = 135
  • Cuba kekalkan denyutan jantung di antara 90 dan 135 seminit.
  • Dapatkan nasihat doktor jika:
1. Denyutan jantung semasa berehat berdekatan atau melebihi sasaran denyutan jantung anda

2. Anda sedang mengambil rawatan ubatan yang boleh memperlahankan denyutan jantung.
  • Untuk mendapatkan denyutan jantung anda. Mempalpat denyutan nadi di pergelangan tangan selari dengan pangkal ibu jari.
  • Untuk mengira denyutan jantung anda, mempalpat denyutan nadi selama10 saat. Keputusannya digandakan dengan 6. 

Banyak x???huhu..Insyaallah,,klu kowang sume amalkan sume ny,,kowang bukan sahaja dpt badan y sehat,,malah tough n kuat ...akey,,2 saja utk kali ny..klu kowang ada gak tips y nak dikongsi,,share2 lah yew..
MyEm0.Compapai ...


Wrote by Terror Of Death at 10:08:00 PM

0 comments:

Post a Comment

daftar sebelum komen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

PRINCE SPIRO Copyright © 2010 Design by me, hazmispiro