Assalamualaikum kepada para readers y disayangi ^^ kita sedia maklum bahawa syaitan adalah musuh utama kepada manusia ..malah makhluk y pernah dipanggil sbg Azazil (Izazil) ini sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia daripada mengikuti jalan yang benar. Syaitan atau iblis mempunyai banyak helah dan strategi dalam menyesatkan manusia. Dan mereka mempunyai banyk pengalaman kerana mereka telah dikurniakan tempoh hidup sehingga hari kiamat nanti. Tetapi apa y hendak dibincangkan disini adalah perasaan marah y sudah sntiasa ada didalm diri kita. Mengapa kita marah??? Selalunya kita akan berasa marah apabila seseorang menyakitkan hati kita,, menghina atau merendah-rendahkan kewujudan diri kita. Kadang2 rasa mcm nak PUNCH jew muka dowang..baru rasa puas ckewt kan..hehe dan sy pasti anda semua xkn dpt bersabar sekiranya BF atau GF anda dirampas kwn baik..^^ gurau jew..ada jew org y boleh bersabar.. dan orang sebegini sudah pun mempunyai sekeping hati y sentiasa mengingati akan kebesaran Allah dan hatinya sentiasa membisikkan kebaikan. Marah (al-ghadhab) ialah perubahan yang berlaku ketika mendidihnya darah di dalam hati untuk memperolehi atau mendapatkan kepuasan apa yang terdapat di dalam dada. Pada zaman Rasulullah s.a.w sebagaimana dikatakan dari Abu Hurairah, bahawasanya seseorang (dari sahabat) datang dan berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Nabi nasihatilah aku.'' Nabi bersabda, '' Kamu jangan marah!'' lalu orang itu dinasihati lagi, sabda Nabi, "Kamu jangan marah'' (HR. Bukhari). Nabi s.a.w menyebutkan hadis itu sehingga tiga kali . Kemudian sahabat itu memahami sabda Nabi. Hadis Nabi s.a.w. di atas mengingatkan kita bahawasanya menahan diri dari perasaan marah merupakan suatu bekalan yang perlu dibawa oleh setiap orang dalam mengharungi kehidupan harian.
Jika seseorang telah diselubungi dengan perasaan marah, maka seluruh keburukan dapat dia undang untuk masuk ke dalam dirinya dengan berleluasa. Misalnya, dia akan bercakap keras dan kasar sehingga menyayatkan hati yang mendengarnya. Seseorang y sdg marah akan mempunyai degupan jantung y kuat dan cepat, nafas tercungap-cungap, urat sarafnya menjadi tegang, darahnya mendidih sehingga menimbulkan warna kemerah-merahan pada kulit dan bola matanya. Dia miliki tambahan kuasa dan tenaga y dpt dimanfaatkan oleh syaitan untuk berkhidmat pada sifat permusuhannya. Kita kdg2 tidak sedar y kita sedang dikawal syaitan. Apabila kita marah, syaitan sudah pun memasuki tubuh kita dan apabila mata kita bertukar merah akibat marah, maka mata itu adalah mata syaitan, pemikiran kita adalah pemikiran syaitan dan tindakan kita adalah tindakan syaitan. Kita tahu y syaitan 2 adalah makhluk y keji dan hina,, malahan sejak dari kecil lagi kita sudah diajar tentang kewujudan syaitan atau iblis ini. Tp, sedarkah kita apabila sedang syaitan mengawal diri kita?? sbnrnya amat susah utk kita sedari sekiranya kita tidak mempunyai ilmu y cukup mengenai syaitan ini... dan ia akan menjadi lebih teruk apabila kita sndiri mempamerkan watak seperti syaitan. Harap2 readers sume masih lagi mempunyai cahaya keimanan di dalam hati.. amin..dan satu kejayaan utk kita sekiranya kita dapat bersabar ketika marah..hehe
Kita tahu y marah adalah salah satu penyakit di dalam hati. Dan setiap penyakit ada penawarnya.
1. Berzikir kepada Allah, sambil mengingati akan keutamaan menahan marah, keutamaan memberi ampun dan kemaafan, keutamaan bersikap sabar dan menahan diri semasa memperolehi sesuatu y tidak menyenangkan
2. Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w berkali-kali sambil mengingati adanya seksaan Allah jika kemarahan diteruskan atau merenungi akan akibatnya, iaitu permusuhan dan balas dendam.
3. Berwuduk atau mandi. Ini kerana marah adalah api dan api hnya dapat dipadamkan dgn air, iaitu air wuduk dan mandi.
4. Membaca '' ta'awwudz" ( memohon perlindungan dari syaitan )
Diatas hanyalah sebahagian daripada cara2 utk mengendalikan perasaan marah. Sekiranya ada sebarang tmbhan, readers boleh tulis kat comment box entry ny ^^ tetapi, bukan senang untuk mengawal perasaan marah. Sy sendiri tidak pasti samaada sy akan dapat mengawal perasaan marah ini atau tidak apabila seseorang mengatakan sesuatu y tidak menyenangkan.. tapi, usaha utk mengawalnya perlulah ada kan Kesimpulannya, perasaan marah y ada di dalam diri kita ini perlulah dikawal dengan sebaiknya, dan kita harus sentiasa berhati2 dgn helah syaitan dlm menyesatkan diri kita semua. Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih sb sudi bc entry kali ny(^^,) harap anda semua akan dpt manfaat dari entry y sederhana ny^^
assalamualaikum.....

0 comments:
Post a Comment
daftar sebelum komen..