Wednesday, August 1, 2012

Definisi Cinta Remaja



"Cinta adalah rahmat dari-Nya.. 

Kerana dengan cintalah... Seorang Ibu merelakan jiwanya demi untuk kelahiran buah 
hatinya... 

Kerana dengan cintalah... Seorang ayah, merelakan dirinya berusaha sekuat tenaga demi 
 mencari nafkah untuk anggota keluarganya. .. 

Kerana dengan cintalah... Shalahuddin Al Ayyubi tidak dapat tertawa sebelum masjid Al - Aqsha dapat dibebaskan untuk menebus cintanya kepada Rabbul Izzati...

Kerana dengan cintalah... Para mujahid dan mujahidah rela mengorbankan harta, jiwa dan raganya untuk dapat mendapat cinta dari Yang Maha Mempunyai Cinta... 

Allah... Ya... Dia-lah Allah sang Ar Rahman... 

Dengan cinta-Nya bumi, langit dan planet bergerak dalam alur yang harmonis... 

Dengan cinta-Nya angin masih menyapa tetumbuhan dan rerumputan.. 

Dengan cinta-Nya cahya mentari masih menerpa hangat tubuh kita.. 

Kepada Allah-lah muara cinta yang Hakiki..."



Assalamualaikum kepada para pembaca..sudah lama agaknya blog ny tak diupdate..2bulan,,3bulan atau mgkn 4 bulan..huhuu..xkesahlah,,y penting,, anda semua masih lagi ada utk membaca tulisan2 di blog ini..  Terima Kasih Banyak2 



Ermm,,mengenai Cinta..remaja mesti dah sinonim sngt dgn perkataan ''CINTA'' ini.. Malah mungkin ada yang mempunyai pengalaman yang lebih hebat dari mereka yang sudah berkahwin.. Bercinta ketika remaja mempunyai pro dan contranya tersendiri.. rasanya xperlu nak sebut kat sini..sume yang indah2 itu kita assume yang itu adalah kelebihan Cinta..dan segala yang pahit,,sedih,,kecewa,,murung dan yang negatif2 itu adalah contranya.. Dari segi Islam,, couple atau bercinta sebelum kahwin adalah "Haram" ..tp remaja sekarang ny perkara2 sebegitu xdiambil berat sngt..even yang menulis ni pun sama jew dengan yang lain jadi,,mari kita kenali dgn lebih dlm tentang cinta ini..



Cinta..erm,,  selalunya apabila perempuan menanya : " sedalam mana agaknya cinta kamu terhadap saya?"
lelaki dengan penuh macho menjwab "cintaku begitu dalam sehingga ku snggup merendah lautan api untuk kamu" (ayat basic utk remaja baru couple,no experience^^).. lagi satu,, Perempuan 2: "awak,, sejauh mana bukti cinta awak kat saya "
Laki 2: " Klu ada gunung kat depan,,akan saya alihkan supaya awak dapat merentas dgn selamat" (yang ni confirm laki2 y tough2 mcm THE ROCK) :)

Jadi,, sejauh mana cinta kita terhadap seseorang.. sebenarnya entry kali ini nak menerangkan tentang maksud cinta yang sebenar yang baru ku temui.. setelah sekian lama terbuai dengan kelalaian,,barulah hati kecil ini sedar,,yang selama ni aku bercinta bukan kerana aku sayangkan dia..aku bercinta kerana hati kecil ini inginkan keseronokan..betapa lemahnya hati manusia..dan diri ini sendri mengetahui akan kelemahan itu..dan hati kecil ini masih lagi berusaha utk menjadikan cinta itu seindah yang diperkatakan orang..

Apabila kita sayangkan seseowang dengan sedalam2nya..kita harus faham dengan erti sayang itu..adakah sayang kerana dia cantik,,pandai ambil hati kita,,atau kita sayangkn dia sb kita xnak dia terus hidup dalam dosa.. didalam berpasangan,,sebagai seorang lelaki,,kepada saya sendiri,, sayang bukan kepada sentuhan atau belaian..tp doa kita kepada si dia.. klu kita sayangkan dia,,kita xnk lihat dia hidup dibelenggu dgn dosa..kita xnk tmbahkan dosa dia..n kita betul2 dikatakan sayang apabila hati ni xkn snggp utk biarkan dia hidup dgn dosa..

Diri ini juga telah menyalah ertikan erti cinta dan sayang.. Wahai kaum Adam,,sekiranya kamu sangat mencintai dan menyayangi kaum Hawa,,ubahlah dia kearah kebaikan...bimbinglah dia agar dia sentiasa terpelihara dari dosa.. bimbinglah dia agar dirinya xmenjadi lambang nafsu kepada kaum Adam,,tetapi sebagai lambang kehormatan terhadap diri kamu dan dia.. Jangan takut klu dia akan tinggalkan kamu,,kerana klu dia sayangkan kamu,,dia akan berubah kerana dia tahu itu adalah utk kebaikan dirinya dan kamu..

Jadi,,persoalannya..bagaimana untuk mengubah si dia untuk menjadi yang lebih baik?? perlu diingatkan,,semua yang lahir dimuka bumi ini adalah asalnya baik dan suci..kenapa mereka jadi seperti yang sekarang,,adalah sebab persekitaran kehidupan mereka..jgnlah membenci mereka yang memakai pakaian ketat,,mereka yang tidak pakai tudung dan lain2...bencikan perbuatan mereka,,tetapi bukan diri mereka..kerana di dalam diri mereka ada sifat yang baik,,lemah lembut yang sudah lama tertanam di dalam hati mereka..mereka hanya tak dibimbing,,dan kamulah(yang laki2 ny termasuk diri saya) yang bertanggungjawab utk membimbing mereka..

haaa,,berbalik kepada cara utk membimbing mereka yang kamu cintai ini..secara jujurnya,, saya pun xtahu.. jadi,,bergantung kepada creative and critical thinking kamu utk membimbing si dia smbil menjaga hati dan perasaan mereka..perlu diingat,,hati kaum hawa amat mudah terusik,,,jadi gunalah kemahiran yang kamu ada untuk menjadikan si dia y kamu sayangi dicintai oleh Allah S.W.T




Tuhanku…. 
ketika hati menangis, hanya kau saja yg tahu 


Tuhanku….


Ketika mereka



 meninggalkan aku sendiri


Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku



PadaMu tempatku menagih kasih



Ketenangan kurasa mendekatiMu


Syahdu malam tak terasa sunyi



Tuhanku….


Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian 


 dihimpit cubaan


Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar arti kematangan


Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan


Pada mereka yang pernah melupakanku


Tuhanku

….
Ketika aku buntu


Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan


Kau tak biarkan aku sendirian


Tuhanku….


Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira


Syukurku melangit pun tak tercapai


Sungguh aku merasa berdosa karena dulu sering lalai


Semoga penyesalanku Kau terima



Akhir kata,, saya memohon maaf sekiranya ada perkara2 diatas yang mengguriskan hati para pembaca,,yang baik itu datang dari Allah SWT,, yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.. Sekian wassalam..

( digalakkan utk memberi pendapat dan nasihat berkaitan entry kali ini)



























  

Wrote by Terror Of Death at 4:37:00 AM

2 comments:

faizalpouzan on August 1, 2012 at 6:40 AM said...

terus berdoa dan mohon pd Allah agar si dia mendapat petunjuk dan hidayah.
Dan mohon jugak diberi kekuatan pd diri anda dlm usaha anda utk membantu si dia mnjadi lebih baik.
InsyaAllah. Allahumma amiin. =)

Terror Of Death on August 2, 2012 at 12:26 AM said...

InsyaAllah :) sama2lah kita mendoakan^^

Post a Comment

daftar sebelum komen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

PRINCE SPIRO Copyright © 2010 Design by me, hazmispiro