Monday, February 14, 2011

Hari Valentine's HARAM ATAU TIDAK??

Assalamualaikum..hari ini seperti y kowang sume tahu merupakan Hari Kekasih atau lebih dikenali sebagai Valentine's Day.. Fuyooooooo.... tyme mcm ny r y ditunggu2 oleh pasangan2 y sedang hangat bercinta..bagi mereka,,pada ketika inilah mereka harus mempertunjukkan keikhlasan mereka dgn pasangan masing2.. ntah2,,mgkn ada y sudah bgn awl2 pagi utk bersiap bg menjalani hari y penuh bermakna ini dengan pasangan mereka..klu hari2 len,, confirm ada kat atas katilMyEm0.Com...ape r nak jadi..n mgkn ada y snggp berhabis ratusan ringgit semata2 utk membeli hadiah atau coklat utk pasangan mereka..Perhatikanlah firman Allah s.w.t.:Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)
 Soalnya perlu kew buat semua 2?? perlu ke tnggu hari valentine utk bg coklat?? stp hari adalah hari y bermakna utk kita..jd,,kenapa kita xmeraikannya?? ini persoalan y kamu semua kena fikirkan sendiri..y skg ny,,kawe nak bincangkan tentang hukum menyambut Valentine Day kepada saudara2 Muslim khasnya...

MyEm0.ComSejarah Valentine's Day


Setiap perkara mempunyai sebab atau sejarah asal usulnya. Begitu juga dengan Valentines Day. Pada tahun 270 SM, seorang uskup dari Interamma bernama Valentine, memulai pesta Lupercalia ini dengan cara yang berbeza. Kaisar Roma yang berkuasa pada masa itu adalah Claudius II. Ia menetapkan peraturan yang melarang orang-orang untuk menikah. Secara diam-diam uskup Valentine mengumpulkan muda-mudi yang saling jatuh cinta untuk dinikahkan.
Hal ini diketahui oleh sang Kaisar, dan ia marah besar. Akibatnya, uskup Valentine ditangkap dan dipenjarakan. Ia harus menyembah dewa orang Romawi jika tidak ingin dihukum. Valentine dengan keras menampik tawaran itu.
Akhirnya, pada tanggal 24 Februari tahun 270 M, ia dipukuli, dilempari batu dan akhirnya dipenggal. Saat ia berada di penjara, Valentine berhasil menyembuhkan mata seorang gadis buta, anak penjaga menara, berkat imannya yang teguh dan kasihnya yang besar.

Sebelum ia menghadapi saat terakhirnya, Valentine menulis sebuah kalimat “From Your Valentine”(daripada kekasihmu) kepada gadis itu. Kalimat inilah yang menjadi ungkapan yang sering dipakai untuk mengungkapkan kasih sayang atau cinta pada seseorang di Hari Valentine.

      Klu disini kita boleh lihat bahawa ia seperti sebuah cinta y romantik..jd dekat mana y tunjukkan ia haram??mari kita tgk sejarah kedua plak..sejarah ini r y patut semua umat Islam kenangkan dan dijadikan pengajaran bersama. Pendapat mengatakan perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol ,iatu Saint Valentine.Beliau disayangi kerana telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cardova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi.Kejayaan itu begitu bermakna  kepada Ratu Isabella dan dengan itu 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cardova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakan nya Hari Valentine. Tapi kini,,bukan sahaja rakyat Cardova y menyambutnya,,malah semua orang dimuka bumi ini menyambutnya termasuk umat Islam itu sendiri. Betapa hebatnya orang2 kafir ini menggunakan helah dlm memperdayakan kita semua. Mereka menutup sejarah Valentine itu sndiri dan menggantikan ia dgn sesuatu y indah supaya semua orang meraikannya. 

MyEm0.ComJABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR TELAH MENENTUKAN BAHAWA VALENTINE' DAY ADALAH HARAM SAMA SEKALI UNTUK DISAMBUT

  • Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa "Amalan menyambut Hari Valentine's Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam". Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: "Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.".

( Dari petikan artikel laman web www.Islam.gov.my)
 Fatwa yang sama telah dikeluarkan Jawatankuasa Perunding Hakim Syarak (FATWA) Selangor yang telah bersidang pada 21 Februari 2006.



  • Pertama    :         Hari kekasih adalah sambutan penganut Kristian yang  mengenang hari kematian seorang paderi mereka. Tiada sambutan ini dalam ajaran Islam.
    Kedua       :          Umat Islam adalah dilarang sama sekali menyambut Hari Kekasih ini, termasuklah memberi sokongan, mempromosikan, mengajarkan dan menyebarkan apa-apa sambutan yang berkaitan dengannya.
    Ketiga      :           Umat Islam digalakkan berkasih sayang sesama manusia sepanjang masa tanpa membataskannya pada hari-hari tertentu sahaja.
    Keempat   :         Pihak Media dan pengamal Laman Sosial adalah diminta untuk tidak mempromosikan Sambutan Hari Kekasih ini walau dalam apa bentuk sekalipun.
    "Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).  Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepada engkau (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.  Orang yang Kami berikan kitab kepada mereka, sedangkan mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutar-belitkan maksudnya), mereka itulah orang yang beriman kepada-Nya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang yang rugi".
    (Al-Baqarah: 120-121)

    MyEm0.ComKESIMPULANNYA

    Menyambut Hari Kekasih atau dikenali sebagai sebagai Valentine's Day adalah haram. Menyambut Hari Kekasih ini memberikan kesan yang buruk kepada masyarakat kerana konsepnya y bertemakan keseronokan dan kebebasan semata2. Islam telah mengariskan beberapa hari yang boleh diraikan. Iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Dan ada juga perayaan y boleh diraikan y berkonsepkan Islam iaitu Maulidur Rasul,, Hari Kelahiran Baginda, dan Maal Hijrah. Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”. Oleh itu,,marilah kita bersama2 menghindari dari terjebak dengan perayaan2 y datang dari orang kafir itu sendiri dan sebaiknya memperbnykkan lagi amalan kita terhadap Allah SWT. Dan pada ketika ini iman kita sedang diuji dengan dua perayaan. Iaitu Hari Kekasih pada hari ini dan Maulidur Rasul pada keesokannya.. Persoalannya,, adakah Hari Sambutan Maulidur Rasul akan disambut ramai atau tidak oleh umat Islam?? MyEm0.Com



    MyEm0.Com
    Rujukan pertama
    Rujukan kedua
    Rujukan ketiga


Wrote by Terror Of Death at 8:18:00 AM

0 comments:

Post a Comment

daftar sebelum komen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

PRINCE SPIRO Copyright © 2010 Design by me, hazmispiro