Wednesday, July 6, 2011

MENUAI HIDAYAH IMAN

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian  MyEm0.Com 
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit dengan buku yang baru saya baca..Iaitu buku yang bertajuk '' Menuai Hidayah Iman '' oleh Muhammad Hassan Al- Basri... wahhh,,, mesti kowang sume pelik kan sb tiba2 jew nak cite pasal perkara ini... huhuu  MyEm0.Com tp saya harap apa y saya tulis ini akan dapat membantu menambahkan sedikit ilmu tentang hidayah Allah ini.. Insya-Allah...


Pertama sekali, kita semua sudah sedia maklum bahawa hidayah itu adalah hak milih Allah S.W.T.. Para nabi juga tidak dapat memberi hidayah kepada orang y mereka kehendaki tetapi tugas mereka hanyalah menyampaikan kepada orang ramai... Sebagai contoh,, Abu Talib merupakan bapa saudara kepada Nabi Muhammad S.A.W.. beliau banyak membantu anak saudaranya dalam perjuangan dakwah Islam, tetapi beliau tidak mendapat hidayah Allah walaupun Nabi Muhammad S.A.W sentiasa berdoa agar bapa saudaranya itu mendapat hidayah dan petunjuk Allah. Allah berfirman;
Kamu tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi. Tetapi Allah 
yang memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya. Allah lebih mengetahui 
orang-orang yang mahu petunjuk  ''
(Surah al- Qasas, ayat 56)

Dalam hal ini, Allah memberi peringatan yang penting kepada Nabi Muhammad, seperti yang dijelaskan oleh Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Pesanan itu adalah, nabi tidak mampu memberikan hidayah kepada orang lain walaupun kepada ahli keluarganya sendiri.

Mari kita meneliti maksud iman itu sendiri.Golongan Salaf atau generasi sahabat Rasulullah menyatakan, iman merangkumi 3 dimensi iaitu :
  • Percaya sepenuhnya dalam hati ataupun tashdiq bil-qalbi    
  • Mengucapkan kepercayaan itu dengan kata-kata sebagai pengakuan secara lisan iaitu qaul bil-lisaan 
  • Membuktikan kepercayaan dengan amal perbuatan melalui anggota badan iaitu amal bil-jawarikh                
Dalam kehidupan kita sekarang ini,, ramai orang yang mengatakan diri mereka beriman. Maksud mereka adalah, mereka percaya kepada Allah dan semua perkara yang terkandung dalam rukun iman. Namun apabila kita melihat dengan lebih jauh, ternyata orang-orang itu sebenarnya berbohong dalam kehidupan mereka seharian.MyEm0.Com Kita hanya percaya, tetapi tidak menyokong ibadah itu sendiri. Kita boleh dianggap sebagai munafik kerana berpura-berpura. Klu org melayu,, orang y berpura-pura ni kita akan panggil hipokrit. tapi dowang masih relax lagi klu kita panggil dowang hipokrit. tapi cuba kita panggil dowang munafik,, rasanya kita mungkin akan dapat 'hadiah' daripada dowang... aihhh... saya harap kita akan dapat mengubah sikap ini kerana ia hanya akan merugikan diri kita sendri.. urmmm,,, sy xnk hurai panjang tentang prkara ny..klu ingin tahu lebih lanjut,, anda boleh beli buku MENUAI HIDAYAH IMAN ini dimana-mana kedai buku yang berhampiran...

Saya ingin memberikan beberapa tips atau usaha yang boleh kita lakukan utk mendapatkan hidayah Allah ini.
~Berpegang Kepada Al-Quran     
Al-Quran berfungsi sebagai petunjuk, membezakan perkara yang benar dengan perkara yang salah, menyembuhkan penyakit hati, memberi nasihat dan juga sebagai sumber maklumat. Atas dasar itu, sebenarnya Allah memberikan pengetahuan yang lengkap kepada manusia supaya mereka tidak terjerumus ke lembah hina sehingga membawa ke neraka. 
~Menyediakan Hati Yang Bersih
Hidayah berkait rapat dengan hati kerana hati adalah syarat utama bagi mencapai hidayah iman.
"Hadapkan wajahmu dengan lurus ke arah agama Allah. Sudah tetap fitrah Allah yang menciptakan
manusia menerima fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah itu. Itu adalah agama yang lurus,
tetpi kebanyakan manusia tidak ketahui.
  (Surah ar-Rum, ayat 30)
Dalam hal ini, dapat kita huraikan sebenarnya manusia memiliki potensi secara fitrah, termasuk kecendurungan mengikut jalan yang lurus iaitu agama Allah. Sesetengah orang ingin berubah, tetapi disebabkan hati mereka sudah keras, mereka amat susah untuk berubah. Di dalam buku ini ada mengatakan  salah satu cara utk membersihkan hati, iaitu dengan memperbanyakkan pergi ke masjid dan menunaikan solat  secara  berjemaah. Ini kerana dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Malaikat Jibril membersihkan hati Nabi Muhammad S.A.W di dalam masjid. 

~ Jalan Doa dan Ikhtiar
Adakah Allah tidak mampu menjadikan semua manusia itu beriman? Sudah tentu Allah yang maha berkuasa mampu melakukannya, Tetapi mengapa Dia membiarkan manusia dengan aneka ragam, ada yang beriman dan ada yang kafir? Sebenarnya Allah mahu mengetahui siapakah antara manusia yang mahu berjuang, berusaha dan berdoa dalam mewujudkan keimanan serta beramal soleh.
" Bagi orang-orang yang berjihad demi mencari keredhaan Kami, Kami tunjukkan kepada mereka
jalan-jalan Kami. Allah bersama orang-orang yang berbuat baik"
 
(Surah al-Ankabut, ayat 69)

Siapa yang berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam mencari keredaan Allah, pasti Allah memberikan hidayahNya kepada mereka. Manusia hanya mempunyai dua jalan. Iaitu jalan kebaikan atau jalan kejahatan. Sekiranya manusia memilih jalan kebaikan, Allah pasti akan mempermudahkan perjalanan mereka. Tetapi sekiranya manusia memilih jalan kejahatan, maka celakalah mereka dan mereka tergolong didalam orang-orang yang rugi. Oleh itu, hidayah memang dapat dicapai dan kita perlu berusaha utk mendapatkannya. Para Rasul dan nabi juga tidak memperolehi hidayah secara serta-merta tanpa melalui proses perjuangan,ikhtiar dan doa. 



Kesimpulannya, manusia harus sentiasa berusaha dalam mencari hidayah Allah. Walaupun kita telah banyak melakukan dosa, kita tidak boleh berputus asa dan sebaliknya kita harus banyak memohon keampunan kepada Allah SWT. Allah itu Maha Pengampun, Allah akan sentiasa memberi keampunan kepada setiap hambanya yang bertaubat dan mengesali akan kesalahannya. Oleh itu, marilah kita sama-sama berjuang dalam mencari hidayah Allah kerana hidayah Allah merupakan satu penganugerahan yang terbesar kepada seorang umat Islam kerana ia akan membimbing kita dalam mencapai Al-Falah iaitu kejayaan di dunia dan di akhirat. Akhir kata, saya ingin meminta maaf sekiranya saya ada tersilap info atau lain-lain perkara, sebarang komen y membina amat-amat digalakkan. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entry kali ini. Assalamualaikum  ....
                                                                      
                                                                      MyEm0.Com  MyEm0.Com

Wrote by Terror Of Death at 7:21:00 PM

0 comments:

Post a Comment

daftar sebelum komen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

PRINCE SPIRO Copyright © 2010 Design by me, hazmispiro