Wednesday, October 24, 2012

Menghadapi kesedihan

Assalamualaikum kepada para readers yang dihormati

Kali ini sy ingin membincangkan mengenai sejenis emosi y dikenali sebagai kesedihan. Setiap org pasti merasai kesedihan. Dan tidak semua orang mampu menghadapi kesedihan. Utk menghadapi kesedihan adalah perkara y amat sukar sekiranya kesedihan itu dtgnya dari org y sngt kita sayangi. Saya tertarik dgn kata-kata dari Al-Kindi dlm bukunya yang bertajuk Daf 'al-Ahzan (Menyingkir Kesedihan). Kata beliau, 

"Orang yang bersedih hati kerana kehilangan miliknya atau gagal memperolehi sesuatu yang dicarinya, kemudian merenungi kesedihannya dari segi falsafah, lalu dia faham bahawa penyebab kesedihannya itu bukanlah keperluan, lalu dia saksikan ramai orang yang tidak memiliki harta itu tetapi mereka tidak bersedih, bahkan gembira dan bahagia, tidak hairan lagi dia akan tahu bahawa kesedihan bukanlah perkara yang perlu dan bukan semulajadi dan bahawa orang yang bersedih hati dan berlaku kejadian ini pada dirinya, pasti dia akan gembira dan kembali kepada keadaan asalnya"

Melalui kata-kata ini, dapat kita simpulkan y kesedihan itu tidak bersifat kekal dan kita mampu utk bergembira sekiranya kita dapat menghadapi kesedihan itu secara face-to-face. Bukan dengan cara melarikan diri atau meratapi kesedihan tersebut. Itu hanya akan menambahkan derita kepada diri kita dan juga kepada orang y berada disekeliling kita. Tetapi bukan mudah utk menghadapi kesedihan, saya sendiri mgkn tidak mampu menghadapinya sekiranya orang y sngt saya sayangi pergi meninggalkan saya. Tetapi saya ingin berkongsi juga dengan apa y saya baca dgn anda semua. InsyaAllah, mudah-mudahan ia mampu menguatkan kita utk menghadapi kesedihan y pasti akan datang menemui kita.


    Pertama sekali, mari kita mengenali punca kepada kesedihan. Selalunya kesedihan berpunca apabila kita gagal dalam sesuatu perkara yang ingin kita lakukan atau kita kehilangan sesuatu yang kita sayang. Sebagai contoh punca y pertama, seorang pelajar belajar dgn bersungguh-snggh, tetapi bila keputusan keluar, tidak seperti y dia harapkan. Dan ini menyebabkan dia sedih sekiranya keputusan ini bakal menentukan hala tuju hidup dia. Bg y kedua, seorang anak kehilangan ibubapanya. Kesedihan ini bakal membawa kepada kesdihan y panjang dan bakal mengubah cara hidupnya sekiranya dia gagal untuk menghadapi kesedihan itu. 
    Setelah kita mengenal pasti kesedihan, mari kita mengenal jenis-jenis kesedihan:
Kesedihan terbahagi kepada tiga jenis : 

Kesedihan Umum
  •  Kesedihan umum berlaku apabila kita kehilangan suatu harta benda. Sebagai contoh, kehilangan rumah, pangkat, wang, dan lain-lain. Kehilangan ini mengakibatkan kesedihan sekiranya mereka terlampau bergantung kepada perkara-perkara y bersifat sementara seperti ini.

Kesedihan Semulajadi
  • Kesedihan semulajadi berlaku apabila kita kehilangan orang y kita sayangi. Seperti kehilangan ibubapa. Kesedihan pasti terbit dalam hati kita walau sekuat mana kita cuba sembunyikannya. Ia adalah kesedihan semulajadi yang ada didalam diri setiap manusia apabila kehilangan orang yang kita sayangi. Kesedihan sebegini hanya mampu dihadapi sekiranya mereka yakin yang itu adalah yang terbaik kepada diri dia dan kepada diri orang yang pergi meninggalkan dia.

Kesedihan Rohani
  • Kesedihan rohani terjadi apabila seseorang itu menangis akibat menyesali dosa yang dia lakukan sepanjang dia hidup di muka bumi ini. Kegetaran ketakutan berlaku di dalam hati dia akibat dosa yang dia lakukan. Dan kesedihan ini adalah kesedihan yang perlu dalam diri manusia. Kesedihan yang menunjukkan tanda kehambaan yang penuh kepada Sang Pencipta Yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa

    Kesedihan itu perlu kerana itu menunjukkan yang kita hidup dan kita adalah manusia. Manusia tidak akan dapat lari dari menghadapi kesedihan kerana itu merupakan ujian Allah kepada kita dalam menguji kekuatan hati hamba-hambaNya. Kesedihan ketika gagal memiliki sesuatu benda, kesedihan ketika putus cinta, putus tunang, putus segala-segalanya dan kesdihan apabila kehilangan orang yang kita sayangi. Sudah tentu bukan mudah utk menghadapi kesedihan. Saya sendiri memberi jaminan yang saya juga tidak mampu untk hadapi semua ini dalam keadaan hati yang saya miliki sekarang. Untuk hadapi semua ini, hati yang kuat amat diperlukan. Jadi, bagaimana utk memiliki sekeping hati yang kuat ? Hati yang kuat adalah hati yang sentiasa bergantung pada Allah dan yakin semua yang datang kepada dirinya adalah yang terbaik untuknya. Apabila kita merasakan yang kita ada tempat bergantung dan yakin bahawa Allah adalah tempat untk kita bergantung, pasti hati kita tidak akan merasa sedih atau takut. Sebagai contoh, anak-anak sentiasa berasa gembira kerana mereka mempunyai ibubapa utk menjaga mereka. Mereka tidak perlu risaukan apa-apa kerana mereka tahu ibubapa akan ada utk mereka. Tp kadang-kadang ibubapa akan menguji anak mereka dengan menyuruh mereka berdikari atau memarahi mereka sekiranya mereka melakukan kesalahan. Tapi itu semua kerana mereka sayangkan anak-anak mereka. Allah amat menyayangi hambaNya. Setiap ujian yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya sebenarnya adalah utk kebaikan diri kita sendiri sekiranya kita dapat fikir dari sudut yang positif. Sekiranya hati ini tahu y Allah sentiasa ada utk mereka, kenapa perlu rasa sedih kerana segala suatu itu berasal dari Allah s.w.t. 

     Jadi, bagaimana cara untuk mendapatkan hati yang sentiasa kuat dan bersih? Jawapannya adalah dengan mengambil wuduk. Wuduk adalah perbuatan membersihkan jasmani dari hadas, membersihkan anggota badan dari kejahatan dan perbuatan dosa, membersihkan hati dari akhlak tercela, dan membersihkan batin dari selain Allah s.w.t. Mengambil wuduk adalah orang yang sedar dan tahu bahawa redha dan berada dekat dengan Allah mengatasi segalanya. Wuduk adalah ubat kesedihan orang awam, kebiasaan orang alim dan senjata orang beriman. Jadi bagaimana dengan berwuduk dapat menghilangkan kesedihan? Sedia maklum bahawa wuduk adalah proses penyucian diri. Dari segi jasmani, wuduk membersihkan anggota badan dari sisa-sisa kotoran. Bg segi rohani, wuduk dapat menenangkan jiwa dan emosi seseorang. Wuduk juga adalah medium utk doa kita diterima atau tidak oleh Allah s.w.t. Allah Maha Suci lagi Maha Bersih, dengan mengambil wuduk kita akan menjadi suci dan InsyaAllah doa kita akan lebih mustajab dgn mengambil wuduk. Doa adalah senjata orang mukmin, berdoalah ketika menghadapi kesedihan dan mengadulah kepada Allah dlm keadaan berwuduk kerana segala kesedihan dan kesulitan yang dialami pasti akan diselesaikan kerana Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya. 
     
     Kesimpulannya, wuduk mampu memberi kekuatan kepada kita dalam menghadapi kesedihan. Tetapi bukan hanya dengan mengambil wuduk sahaja, ia haruslah disertai dengan solat dan doa kepada Allah Yang Maha Esa. Saya yakin ada pelbagai lagi cara utk kita menghadapi kesedihan, tapi saya hanya mampu berkongsi yang ini kerana buku yang saya baca fokus kepada keajaiban wuduk itu sendiri. Oleh itu, saya amat mengalu-alukan jika ada sebarang pendapat atau tambahan untuk kita menangani kesedihan Terima kasih sebab sudi membaca entry kali ini. Assalamualaikum^^










Wrote by Terror Of Death at 11:05:00 AM

0 comments:

Post a Comment

daftar sebelum komen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

PRINCE SPIRO Copyright © 2010 Design by me, hazmispiro