Tuesday, November 6, 2012

Jenis-Jenis Lelaki

Assalamualaikum wbt.. Entry kali ini nak membincangkan mengenai jenis-jenis lelaki yang saya jumpa setelah melakukan research semalam.. Seperti yang anda semua tahu, setiap lelaki ada sifat-sifat yang tersendiri.. dengan mengenali sifat-sifat lelaki ini, pihak perempuan di luar sana pasti akan dapat memenangi hati lelaki yang dia cintai.. perlu diingat bahawa lelaki selalu ingin mencari wanita yang boleh memahami hatinya dan menyokongnya dalam setiap perkara yang dia lakukan. Lelaki terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Rockstar, Sportsman, Mamat Geeks, Romeo, Aku Sahaja Yang Betul.
ROCKSTAR
  • Lelaki yang rilex, berfikiran terbuka, suka dengan muzik dan bagi lelaki jenis ini, muzik adalah segala-galanya. 
  • Dia akan menghafal semua jenis lagu band-band underground yang sesuai dgn jiwa dia.
  • Wanita yang ingin memikat lelaki jenis ini, anda haruslah mengetahui genre lagu yang dia suka agar boleh memulakan perbualan dgn si dia. 
  • Anda juga boleh mengajak dia pergi menonton konsert yang melibatkan band-band yang dia suka
  • Anda juga boleh menghadiahkan cd-cd lagu yang dia minat
SPORTSMAN
  • Lelaki jenis ini adalah lelaki yang amat meminati bersukan (saya adalah golongan ni rasanya) .. Antara ciri-ciri sportsman adalah mereka akan komited dengan jadual sukan mereka secara mingguan
  • Ada yang selalu bersukan setiap hari dan ada juga yang selang satu hari bergantung pada jadual seharian mereka
  • Wanita yang ingin men'tackle' lelaki jenis ini, anda haruslah memberi sokongan dalam setiap sukan yang dia sertai. Cuba sekali sekala menemani dia bersukan kerana itu akan membuat dia rasa dihargai. Bukan semua wanita sanggup duduk melangut untuk tgk teman lelaki dia bersukan .. klu anda dapat berbuat sebegini sekali sekala utk dia, dia pasti akan gembira..dan yakinlah, dia pasti akan membalas jasa anda dengan ajak anda keluar atau lain-lain..
  • Perlu diingat, jangan sesekali test teman lelaki anda dengan meletakkan mereka pada dilema utk memilih anda atau sukan yang lagi penting dlm hidup dia. Ingat, JANGAN SESEKALI tanya macam 2. Sebab memang mulut mereka akan beritahu bahawa anda lagi penting, tapi hati dia akan tetap sedih dan dilema mengenangkan jadual trainingnya yang terganggu
  • Anda juga tidak boleh merungut sekiranya anda menemani dia bersukan. Sbg contoh, kawasan 2 ada banyak nyamuk, xde kedai makan, panas dan lain-lain. Dan elakkan perangai tantrum iaitu tidur dalam kereta sambil bukak aircond yang kuat sbg lambang protes utk balik cepat. Banyakkan menanya tentang perasaan dia setelah dia selesai bersukan kerana itu akan membuatkan dia rasa yang anda menghargai apa yang dia lakukan 
  • Dalam hati sportsman, tidak sesekali mereka akan membandingkan priority antara kekasih dengan sports mereka. Sports itu hanyalah lifestyle mereka yang mereka dah terbiasa lakukan sejak dari kecil lagi. Walaupun mereka bersukan, percayalah, anda akan sentiasa di dalam pemikiran mereka sebab mereka tahu yang anda sedang menunggu mereka. Bila dah kahwin nt, bukan sports yang mereka akan lakukan, tapi sepenuhnya masa mereka adalah utk anda. Jadi, bersabar k
 MAMAT GEEKS 
  • Geeks adalah golongan yang taksub atau obses berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara yang dia minat. 
  • Jenis-jenis geeks adalah geek star trek, geek sci-fi movie, geek toys, tapi yang paling popular adalah techno/gadget geek.
  • Lelaki yang techno geek ny akan menghabiskan masa, wang, perhatian, tenaga dan segala-galanya utk main game, melayari internet, tukar i-phone, duk depan komputer 18 jam sehari dan lain
  • Perempuan mungkin akan sukar mendekati lelaki jenis ini kerana mereka kurang ambil perhatian dgn perkara-perkara sebegini.
  • Cara yang anda boleh lakukan mungkin adalah dgn membeli gadget yang serupa dgn si dia supaya anda boleh bertukar-tukar pendapat dan lain-lain. Selainnya bergantung pada kemahiran anda sendiri utk memenangi hati dia  
ROMEO
  • Jenis lelaki yang desperate untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang dari gadis yang dia cintai dan juga gadis disekeliling dia.
  • Romeo ini akan cuba dgn bersungguh-sungguh utk jadi hero di depan perempuan dan percaya bahawa mereka adalah idaman setiap perempuan (terlebih syok sendiri) 
  • Selalunya awek kepada romeo ini akan selalu makan hati dgn sikap mereka kerana sudah tiada lagi yang special utk si dia sekiranya si romeo ini melayan semua prempuan disekelilingnya sama seperti dia melayan awek dia.
  • Untuk perempuan, anda xperlu memikat lelaki jenis ini, sb mereka sendiri akan datang pada anda sekiranya anda mempunyai tarikan yang menarik untuk mereka (saya sendiri pun xde tips bagaimana utk mengubah pendirian lelaki sebegini)
AKU SAHAJA YANG BETUL
  •  Lelaki ini adalah sumpahan kepada perempuan. Lelaki jenis ini adalah lelaki yang mempunyai pakej yang baik untuk menjadi suami, financial tersusun, pembersih, kemas, kerja stabil, kereta baru, sikat rambut, pakai kemeja, hormat orang tua dan rajin bermasyarakat.
  • Walaupun pakejnya lengkap, anda akan tetap makan hati dgn lelaki ini. Makan hati dgn sikap bila berbalah, dia sahaja nak menang, xpernah nak mengalah walaupun dah terang-terang dia yang salah. Ego tinggi melangit dan xpernah nak minta maaf
  • Kebanyakkan lelaki jenis ini selalu menganggap yang dia xpernah buat salah dan selalu menganggap bahawa perempuan adalah barang dan bukan manusia. 
  • Nak tahu lelaki jenis ini, cuba anda kata yang anda ingin drive kereta dia. First word yang akan keluar dari mulut dia " awak nak drive?? awak jangan mengadalah! perempuan bukan boleh percaya bawak kereta nanti eksiden sape nak jawab " (selalu dialog ni akan keluar bila dah kahwin, sebab tyme bercinta mesti dia nak cover ego dia)..
  • Kemudian, kalaupun dia bagi anda pandu kereta dia, anda pasti akan memandu seperti dalam neraka. Anda akan mendengar dia membebel lebih hebat dari JPJ yang menguji anda. 
"Awak ni pandai drive ke x! kenapa bawak kereta ke kanan ke kiri? Brekkk,, brekkkkk,, brekkkkkk!! nape pandu dekat sngt ny,,dah pakar kew?? u gila kew ape,, mana signal..klu mcm ny,,dah lama eksiden. nape lambat sngt ny,, cepat lah org belakang marah! mcm mana lah JPJ boleh bg lesen kat u ni (padahal JPJ bukan main puji ag pemanduan kita) " ...ini adalah situasi memandu yang paling stress sekali dalam hidup pemandu.. sebenarnya dia tu entah bagus ke x drive,,kadang2 lelaki jenis ini lagi memandu mcm nak gila..lepas 2 klu dia yang eksiden,,mulalah senyum-senyum malu seolah-olah dia xbersalah..betul x?? 

Haaaa,,,ini sahaja jenis-jenis lelaki yang dapat saya kongsikan bersama dgn para readers semua. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi ini adalah jenis yang biasa anda akan jumpa dalam diri lelaki. Dengan mengenali hati lelaki, proses anda utk memiliki si dia akan lebih mudah kerana anda tahu perkara yang dapat buatkan dia gembira dan sebaliknya. Sekiranya ada kekurangan pada entry kali ini saya memon seribu keampunan. Dan perlu ingat,lelaki juga adalah makhluk y kompleks seperti perempuan. Jangan sesekali anda menyangka yang anda sangat mengenali hati pasangan lelaki anda, kerana mereka pasti menyembunyikan 10% daripada sifat mereka daripada anda kerana sebab-sebab mereka tersendiri. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Sebarang pendapat amat dialu-alukan. Assalamualaikum wbt. 

 







Wrote by Terror Of Death at 5:39:00 PM

6 comments:

Anonymous said...

alahai..semuanya pon ada feel tersendiri..apa2 pon good info^__^

Terror Of Death on November 6, 2012 at 7:01 PM said...

hehee..betul jugak tu cikgu :) terima kasih

Anonymous said...

jenis2 pompuan xda ke???..hehe

Terror Of Death on November 6, 2012 at 8:32 PM said...

hehee..jenis-jenis perempuan 2 ada dalam buku yang saya baca ny..tapi xtahu mcm mana nak terangkan sangat..masih sedang cuba memahami..nanti akan diceritakan :)

Anonymous said...

rajin kamu ya azmi..chayok2..^__^

Unknown on October 18, 2015 at 4:26 AM said...

Satu lagi golongan lelaki, geng mat motor.. 😁😁

Post a Comment

daftar sebelum komen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

PRINCE SPIRO Copyright © 2010 Design by me, hazmispiro