Tuesday, November 6, 2012

Fakta Mengenai Lelaki



Assalamualaikum wbt. Kali ini saya ingin berkongsi tentang "Fakta Mengenai Lelaki" .. Ini hanyalah sebagai rujukan dan bukan 100% tepat okay .. Enjoy the reading  

Fakta Mengenai Lelaki

  1. Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang dapat menyejukkan hatinya dan mempesona. Oleh itu, tidak hairan apabila ada lelaki akan cakp gadis itu cantik, dan sebahagian lagi bukan. Sebab yang mereka cari adalah wanita yang paling hati mereka senangi 
  2. Lelaki sangat benci dikhianati. Walaupun luarannya kasar dan ego, mereka merupakan makhluk y lemah. Sebab itu anda akan lihat lelaki lebih banyak cuba mengawal anda kerana mereka sebenarnya takut kehilangan anda
  3. Jika dia mengatakan " Ya, aku tidak memahami kamu ", itu maknanya pemikiran dia dan ada berbeza. Bukan berarti tidak boleh bersatu, tetapi saling cuba memahami antara satu sama lain
  4. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktiviti bersama kawan-kawannya. Tapi percayalah, semasa dia bersiap-siap nak tidur anda selalu ada di fikirannya. Mereka akan senyum-senyum sendiri apabila mula membayangi senyuman wajah anda
  5. "Awak sedang buat apa" atau "Awak dah makan ke belum" adalah ayat yang paling banyk lelaki gunakan ketika ber"sms" atau bertelefon. Mereka bukan makhluk yang pandai berkata-kata (kecuali mat romeo), tetapi mereka ingin tahu semua perkara mengenai anda
  6. Jika seseorang lelaki mencintai anda, dia akan menerima anda seadanya. Mereka mungkin akan menasihati anda ketika anda ingin diet, tetapi mereka tulus mencintai anda  
  7. Lelaki sangat tergila-gila melihat senyuman anda. Oleh itu jangan memelihara muka yang masam, senyumlah dan buat dia terpesona
  8. Lelaki tidak suka anda bercerita mengenai bekas kekasih anda kerana dia sangat cemburu sekiranya bekas kekasih anda lebih baik daripada dia
  9. Jika lelaki ingin berjumpa dengan orang tua anda, usah ragu dan malu, ini kerana dia serius dengan anda
  10. Lelaki ingin selalu berkongsi semua hal dgn anda, namun kadang-kadang dia tidak boleh mengungkapkan dgn baik. Untuk itu jgn paksa diri dia bercerita sekiranya dia belum bersedia
  11. Lelaki amat takut apabila wanita menangis. Apabila dia cuba menggembirakan anda, kadang-kadang dia mungkin akan memburukkan lagi keadaan walaupun niatnya adalah utk mengembalikan senyuman pada wajah  anda 
  12. Jangan berusaha membuat lelaki marah, kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah
  13. Lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai
  14. Jangan pernah berkata padanya, "Mmmh...Lupakan jewla" kerana hal ini akan membuatkan lelaki tertanya-tanya bahkan curiga mengenai anda. Seperti wanita, mereka juga adalah makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu
  15. Lelaki selalu akan memiliki cara utk memuji anda
  16. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami anda dalam sekali bual sahaja. Mereka adalah makhluk y cerdas, tetapi susah bagi mereka utk memahami anda. Sebab itu lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah difahami
  17. Lelaki sangat menyayangi ibunya. Mereka tidak akan melepaskan sesiapa yang bercakap buruk mengenai ibunya walaupun ibunya adalah seseorang y jahat. Oleh itu, anda hendaklah cuba utk menyampaikan kepada dia dgn nada yang baik
  18. Lelaki akan menyimpan sebahagian wangnya untuk memberikan hadiah yang kecil utk anda
  19. Lelaki sering berfikir mengenai wanita yang menyukainya, tetapi belum bererti dia mencinta wanita tersebut
  20. Anda tidak akan boleh memahami hati lelaki sepenuhnya, kecuali anda sediakan waktu utk mendengar keluh kesah mereka dan bersifat terbuka dgn setiap perkara yang ingin dia luahkan
  21. Jika seseorang lelaki bersungguh-sungguh mengatakan bahawa anda adalah orang y dicintainya, percayalah, perkataan itu tulus dari hatinya
  22. Lelaki juga selalu bergosip apabila bersama dgn kawan-kawannya
  23. Wanita adalah kelemahan setiap lelaki. Mereka tidak akan dapat tahan melihat air  mata jatuh dari mata anda. Mereka juga tidak suka melihat anda bersedih
  24. Lelaki lebih jujur dan terbuka tentang dirinya. Mereka lebih menerima kekurangan dan menerima apa adanya
  25. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik
  26. Walaupun kadang-kadang lelaki kelihatan selekeh, mereka suka akan wangian, kebersihan dan keindahan
  27. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya
  28. Lelaki mencintai wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih kepada dirinya
  29. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas dari wanita yang sering bermake up dan berdandan
  30. Lelaki adalah makhluk yang berlagak pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan. Akhirnya, kebanyakkan tekaan mereka seringkali meleset
  31. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya.Tetapi mereka tidak mahu membayangkannya terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dlam-dalam keinginan mereka jika tahu kinginan itu susah diwujudkan
  32. Lelaki adalah makhluk yang paling kuat memendam perasaan. Tapi apabila dgr dia sedang meluahkan perasaan kepada anda, cukuplah sekadar anda jadi pendengar utknya. Bersama dengannya kerana ketika itu kekuatan hatinya sudah mula rapuh dan dia sangat-sangat perlukan anda
  33. Kadang-kadang, lelaki lebih banyak berfikiran negatif daripada positif
  34. Tinggi badan bukan masalah yang besar utk lelaki, tetapi mereka cukup peduli mengenai berat badan wanita khususnya, anda
  35. Jika anda tahu bagaimana untuk menakhluki hati lelaki, percayalah dia tidak akan meninggalkan anda
  36. Seperti wanita, lelaki perlukan masa yang lama utk melupakan seseorang yang dicintainya
  37. Lelaki tidak suka dituduh tanpa ada sebarang bukti. Itu membuatkan dirinya berasa sedih kerana anda tidak mempercayainya
  38. Lelaki tidak suka wanita yang mengongkong dan berleter tetapi suka dgn wanita yang mengambil berat. Wanita Mengongkong "awak pergi mana? nape xmcg? buat ape pergi sana? (ni semua bukan dalam nada y lembut).. Wanita Mengabil berat " maaf ganggu, awk pergi mana, saya risau..klu awk ada masa, mcg sy k / awk pergi dgn sape,hati-hati k nanti,, jgn lua mcg saya kalau awk ada masa..saya tggu awk".. tidak salah utk wanita ingin tahu apa y dilakukan oleh pasangannya, tapi cuba menanya dalam keadaan yang anda percayakan dia
  39. Sifat lelaki akan automatik menjadi lembut sekiranya wanita menggunakan suara yang paling lembut dan manja ketika bercakap. Walaupun lelaki tgh marah sangat2, sekiranya wanita tidak menggunakan kelembutannya dari setiap perkara, pasti akan hilang kemarahan lelaki tersebut. Wanita adalah penawar utk kemarahan lelaki
  40. Lelaki akan komited dgn perkara yang dia minati, tetapi anda akan sentiasa di dalam hatinya 

Ini adalah sebahagian daripada fakta-fakta mengenai lelaki. Saya ingatkan lagi sekali, maklumat di atas bukan 100% tepat okayIni hanya sekadar panduan utk wanita lebih mengenali diri lelaki. Dan saya yakin anda lebih mengetahui cara-cara utk mengenali hati lelaki yang ada cintai Sekian,, terima kasih  

 















Wrote by Terror Of Death at 8:24:00 PM

1 comments:

Anonymous said...

antara fakta ini pnah ada pada seseorang yg penah sy sayangi dulu..tersenyum sendiri membaca fakta ini..namun ianya membuatkan ati jua terasa sedikit tersentuh..benarlah kata2...kita hanya merancang tapi ALLAH yang menentukan segalanya..^__^

Post a Comment

daftar sebelum komen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

PRINCE SPIRO Copyright © 2010 Design by me, hazmispiro