Tuesday, November 6, 2012

Mengenali Hati Wanita


Assalamualaikum wbt. Kali ini saya nak berkongsi mengenai sifat-sifat yang berada di dalam diri seorang wanita. Ini hanya sekadar perkongsian, dan sudah semestinya tidak 100% tepat Perkongsian ini more kepada lelaki yang ingin mengetahui hati wanita yang dia cintai. Selamat membaca 

Mengenali Hati Wanita
  1. Apabila wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air matanya, ini bermakna dia sedang menangis di dalam hati
  2. Sekiranya wanita tidak menghiraukan anda setelah anda menyakiti hatinya, anda berikan dia masa utk menenangkan diri sebelum menegurnya dengan ucapan maaf
  3. Wanita susah nak mencari benda yang paling dia benci di dalam diri org yang dia sayang
  4. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat ( jadi, para lelaki jangan merenung y boleh menimbulkan salah faham yew )
  5. Wanita memang sukakan pujian, tetapi tidak tahu mcm mana hendak menerimanya 
  6. Apabila wanita mencintai anda sepenuh hati, dia akan melakukan apa sahaja asalkan anda menjadi milik dia
  7. Wanita suka meluahkan apa yang dia rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan perasaan mereka
  8. Wanita tidak suka dengan lelaki yang terlalu serius kerana boleh merosakkan mood mereka
  9. Bila pertama kali lelaki yang dicintai mula menelefon dia, wanita itu akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat. Tapi sebaik sahaja ganggang diletakkan, dia akan menjerit keriangan dan akan memberitahu semua yang berada di sekelilingnya
  10. Sekuntum senyuman membawa seribu erti pada wanita (jadi para lelaki jgn senyum sebarangan okay
  11. Wanita lebih suka memulakan sesuatu perhubungan dengan persahabatan sebelum bertukar menjadi kekasih
  12. Jangan sesekali meneka apa yang wanita rasakan. Tanya mereka sendiri
  13. Selepas seorang wanita jatuh cinta, dia akan tertanya-tanya kenapalah dia xjumpa lelaki ini lebih awal
  14. Bekas teman lelaki sentiasa ada di fikirannya, tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa iaitu di hatinya  
  15. Satu ucapan "Hi" sudah cukup utk menceriakan hatinya
  16. Teman baiknya sahaja yang tahu apa yang dia sedang rasa dan lalui
  17. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak men"tackle" kwan mereka yang paling cantik
  18. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang mencintai mereka sepenuh hati
  19. Senjata wanita adalah air mata
  20. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan suprise buatnya (hadiah,bunga, atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu dgn anda
  21. Wanita mudah jatuh hati pada mereka yang selalu mengambil berat tentang diri mereka
  22. Berikan padanya perhatian yang sebenarnya tanpa dia memintanya, sekurangnya 30minit sehari
  23. Tawarkan bantuan padanya ketika mereka berasa penat atau letih 
  24. Sekiranya anda akan terlewat, jgn lupa utk memberitahunya dan menceritakan sebabnya
  25. Wanita suka dgn lelaki yang dapat memberi masa utk mendengar luahan hati mereka
  26. Katakan "aku cinta padamu" sekurangnya sekali sehari
  27. Sabar apabila mendengar luahan hati wanita. Jangan mengalihkan perhatian anda pada benda lain atau selalu tgk jam
  28. Wanita tidak suka dgn lelaki yang selalu meluangkan masa dgn kawan-kawan. Bukannya dia mahu anda bersama dgn dia 24 jam, tapi berikan masa utk dia. Sekiranya anda sibuk dgn kawan-kawan pada waktu siang, berikan masa pada dia di waktu malam walaupun sementar. Wanita hanya ingin merasakan diri dia dihargai oleh anda
  29. Jadikan dia lebih penting daripada anak-anak anda. Sekiranya anak-anak menyaksikan isteri mendapat perhatian yang lebih, ini akan menjadi contoh y baik utk anak-anak (bukan bermaksud kita abaikan anak-anak k)
  30. Layanilah dia sperti mana anda mengenalinya awal-awal dahulu
  31. Bila anda berjauhan, beritahu dia bahawa anda sangat merindui dirinya
  32. Ramai lelaki yang menganggap bahawa melakukan perkara-perkara yang besar lebih penting utk memenangi hati wanita, tetapi sebenarnya melakukan hal-hal kecil untuk membantu wanita adalah lebih penting kerana anda mengambil berat tentangnya
  33. Wanita mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membangkitkan perasaannya
  34. Wanita mudah jemu dan memerlukan suasana yang berlainan untk menghilangkan rasa jemu dan bosan
  35. Wanita amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya, dan dia akan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dia cintai
  36. Wanita suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu sedang berdusta. Asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya, malah mendatangkan kegembiraan padanya 
  37. Wanita berhati sentimental, kerana naluri dan perasaannya yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding akalnya
  38. Wanita cemburu. Ini kerana dia lebih cenderung mempertahankan harga dirinya, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak
  39. Wanita tidak suka dengar lelaki yang dicintainya memuji wanita lain walaupun dia tahu bahawa lelaki itu hanya bergurau (Awas yew para lelaki)
  40. Sekiranya wanita memarahi anda, percayalah bahawa mereka tidak memaksudkannya dan mereka amat ingin anda memujuk mereka. Anda kena memberi kata-kata yang lembut kepadanya dan jangan sesekali menentang kata-kata mereka walaupun mereka yang salah. Setelah keadaan menjadi tenang, dia sendiri yang akan meminta maaf kepada anda kerana mereka tahu mereka yang salah. Tapi kalau memang anda yang salah, bersabarlah dgn kemarahan wanita. Terima dgn hati y terbuka   

Kesimpulannya, hati wanita lebih sensitif dan mereka lebih beremosi berbanding dgn lelaki. Kadang-kadang benda yang kecil akan menjadi kesalahan yang besar untuk anda. Jadi anda kena pandai dalam menangani hati wanita yang anda cintai. Jangan sesekali lawan api dengan api Kerana ini hanya akan membawa hubungan anda dengan si dia ke arah pengakhiran. Untuk para lelaki, buanglah utk sementara ego yang brada di hati anda utk mengembalikan kegembiraan dan senyuman pada wajah kekasih hati anda. Percayalah, anda akan lebih gembira dan berpuas hati sekiranya anda berjaya melembutkan hati dia Ini sahaja utk perkongsian kali ini. Thanks 4 visiting this website (berlagak pandai speaking) Assalamualaikum wbt.










Wrote by Terror Of Death at 9:53:00 PM

0 comments:

Post a Comment

daftar sebelum komen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

PRINCE SPIRO Copyright © 2010 Design by me, hazmispiro