Friday, October 19, 2012

Perkara Yang Merosakkan Otak

Assalamualaikum kpd para readers y dihormati,,,

kali ini sy ingin berbincng mengenai perkara2 y boleh merosakkan otak..kadang2 kita mgkn ambil mudah tntang perkara ny sb kita rasa kita masih muda atau mempunyai fikiran y sempit,,sbg cnth menganggap y 2 sume xkan berikan effect sngt pada diri kita.. Otak memainkan peranan pentg dlm hdp kita..terutama dlm proses membuat keputusan y bakal menentukan kejayaan di dalam hidup kita.. Di bawah ada beberapa petua y boleh diikut dlm memastikan otak kita berada di tahap paling maksimum.
Perkara Yang Boleh Merosakkan Otak

1. Tidak Mengambil Sarapan Pagi

Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2.  Terlebih Makan
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.

3. Merokok

Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

4. Mengambil Gula Berlebihan

Gula yang berlebihan dalam badan boleh menggangu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Tidur Yang Berlebihan

Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang 

6. Tidur Dengan Menutup Muka

Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

7. Kurang Berimaginasi dan Kurang Berfikir

Berifkir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun. Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita berkerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

8. Tidak Membaca Al-Quran

Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.



Ini sahaja yang dapat dibekalkan setakat ini..research masih belum mencukupi kalau ada sebarang penambahan,, silalah info sy yew..perkara2 mcm ni penting org y masih belajar mcm sy ^^ thanks lagi sekali sb sudi membaca entry kali ini.. Assalam..  


  
 




Wrote by Terror Of Death at 12:18:00 PM

0 comments:

Post a Comment

daftar sebelum komen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

PRINCE SPIRO Copyright © 2010 Design by me, hazmispiro