Assalamualaikum wbt kepada para readers y dihormati.. entry kali ini berkaitan dgn mengenali hati pasangan anda..lebih kurang juga dgn entry Mengenali Hati Wanita dan Fakta Mengenai Lelaki.. Seperti yang anda tahu,,setiap hubungan memerlukan kepercayaan dan kefahaman yang tinggi diantara lelaki dan perempuan.. kunci untuk kebahagiaan dlm sesuatu hubungan bermula apabila kita saling faham-memahami sifat diri pasangan masing-masing,, mengalah dalam sesuatu perkara dan lain-lain.. tapi kadang-kadang kita xmampu nak melakukan semua 2..bukannya kita xdpt nak lakukan, tp mgkn juga anda(y perempuan tidak tahu sifat lelaki) atau lelaki tidak tahu sifat perempuan.. jadi dibawah ini ada sedikit hints
utk dijadikan rujukan untuk anda dan diri saya sendiri..
Mengenali Hati Pasangan Anda 
- Tunjukkan rasa sayang kamu samaada melalui kata-kata atau perbuatan
- Hindari segala kata-kata yang boleh menyinggung perasaan hati pasangan anda walaupun anda bermaksud untuk bergurau ataupun anda sedang marah. (kata-kata lebih tajam dari pisau)
- Berusaha mengawal perasaan marah dan mengingati segala kenangan manis kamu bersama pasangan. Bimbinglah pasangan dan sentiasa mengingati tidak semua orang sempurna
- Keluarlah makan di tempat yang istimewa atau bersiar-siar di tempat yang menjadi kenangan manis
- Jangan merendah-rendahkan pasangan anda dihadapan orang lain. Walaupun anda melihat dia seolah tiada apa-apa, tp hati dia terluka kerana anda xmenjaga maruahnya di depan org ramai
- Elakkan memuji orang lain di depan atau di belakang pasangan kamu
- Hargai dan pujilah pengorbanan pasangan walaupun hanya dengan ucapan "terima kasih"
- Berilah bimbingan dan semangat kepada pasangan dalam perkara yang dilakukan agar ia menjadi motivasi kepada pasangan
- Bantu pasangan dalam melakukan kebaikan dan ibadah
1.Kenali Pasangan Anda

2. Bertimbang Rasa Antara Satu Sama Lain


3. Sentiasa Prihatin Terhadap Pasangan


4. Elakkan Topik Yang Sensitif Atau Kurang Menyenangkan

Kesimpulannya, di dalam sesuatu perhubungan memerlukan pengorbanan yang tinggi. Kalau hanya satu pihak y berusaha, dan satu pihak y lain hanya ikut mood dia, sudah pasti hubungan itu tidak akan bertahan lama. Kekasih yang baik adalah sahabat yang baik. Anda bakal menjadi teman hidupnya dan sudah pasti anda akan menjadi pendengar yang paling setia untuknya. Belajarlah dari sekarang utk menjadi penghibur, pendengar dan penghilang segala kepenatan utk pasangan anda (nasihat untuk diri sendiri). Saya doakan semoga anda semua berbahagia dgn pasangan anda dan hubungan itu akan berakhir dgn ikatan perkahwinan
Assalamualaikum wbt


0 comments:
Post a Comment
daftar sebelum komen..