Monday, September 21, 2015

Memory of Broga Hill =)

Assalamualaikum w.b.t kepada para readers y disayangi lagi diingati .. kali ini saya ingin berkongsi moment-moment indah ketika mendaki Bukit Broga.. best mendaki dekat sini,, especially utk beginner..sesuai juga utk mereka y nak naik dgn family..sesuai utk semua peringat umur..bawah ni gambar2 dari first trip ke broga smpailah ke trip ke 12th..enjoy the view okay ..

Pemandangan matahari terbit
Wrote by Terror Of Death at 1:44:00 PM 0 comments

Monday, January 27, 2014

SenJata ImPian Ku (^-^)

PERSATUAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA


Alhamdulillah,,sudah nak masuk 7 tahun saya dalam PSSGM  walaupun dah 7 tahun,,masih banyak lagi ilmu gayong yang masih belum dipelajari..dan semangat Gayong sudah terpahat dalam hati saya..terima kasih kepada Cikgu Rasol bin Abd. Ghani yang sentiasa sabar dalam mendidik saya dan rakan-rakan yang lain..teringat plak masa pertama sekali belajar menumbuk dengan Cikgu Rasol, mahu nak tercabut lengan dibuatnya..hehee..dan terima kasih juga kepada cikgu-cikgu silat saya yang lain,,terutama dari UiTM Segamat,,Ustaz Syazali Affendi,,Cikgu Wahiddin,,Cikgu Halim dan Cikgu Khairuddin kerana sudi menerima kehadiran saya dan tidak pernah jemu dalam mengajar saya untuk menjadi seseorang pesilat yang sebenar..Alhamdulillah,,sekarang saya juga sudah bergelar gurulatih,,jadi saya harap saya dapat juga melaksanakan tanggungjawab saya seperti cikgu-cikgu saya  huhuu..cuma bila dah lama dalam Gayong,,hati pun teringin juga nak memiliki senjata-senjata silat..ini diantara senjata-senjata yang ingin saya miliki..




huuuuuuu,,,geram bila tengok senjata-senjata ni..in syaa Allah,,ada rezeki,,senjata ini akan saya miliki..hehee untuk sekarang,,hanya mampu untuk mempelajari ilmu Gayong dan menurunkannya pula kepada generasi yang akan datang.



Wrote by Terror Of Death at 10:58:00 AM 1 comments

BerCinta SebeLum NikAh??


Assalamualaikum w.b.t kepada para readers y dihormati   semalam saya dapat satu pertanyaan dari sahabat saya mengenai couple..dia tanya tentang kebaikan couple dan cinta sebelum nikah..saya pun bukanlah arif sngt dalam bidang-bidang ni,,sb saya sendiri pun pernah couple dulu..setiap orang ada pandangan sendiri mengenai perkara ni..jadi saya pun xnk bercerita panjang..sb,,walau mcm mana kita halang skalipun,,dan kita xmampu mengawal perasaan kita,,kita akan tetap lakukan..jadi,,ini semua bergantung kepada kekuatan iman kita..cuma saya nak berkongsi dgn readers tentang dua video yang sahabat saya berikan..in syaa Allah mgkn akan berikan kita sedikit sebanyak gambaran tentang cinta..



Jadi apa pendapat anda semua?  saya bukan dalam posisi untuk cakap apa yang salah dan apa yang betul..cuma saya harap apa2 pun pilihan anda,,kita kena sentiasa berharap yang ianya akan membawa kepada ikatan perkahwinan dan in syaa Allah kekal sehingga ke akhir hayat kalau hanya nak dapatkan pengalaman atau test2 market,,xperlulah rasanya..sb dikhuatiri lain pula yang jadi.. 

Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah pertemukan kita dengan jodoh yang paling sesuai dalam hidup kita  Dan saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk entry kali ini.. Sebarang pendapat amat dialukan.. Assalamualaikum wbt 








Wrote by Terror Of Death at 10:23:00 AM 1 comments

Friday, January 24, 2014

Melupakan Seseorang Yang Pernah Kita Sayang dan Cintai




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para readers y dihormati dan disayangi...sudah lama rasanya saya tak update dalam blog ni..klu nak kata dah bersawang,,ni kategori sawang y teramat teruk (^-^)...heheee..Entry kali ini saya nak berkongsi sedikit tentang perpisahan..kita sentiasa tahu bahawa jatuh cinta kepada seseorang merupakan saat yang terindah bagi mana-mana pihak..segala yang susah menjadi senang,,segala kesakitan menjadi penawar,,segala kesedihan menjadi kegembiraan..begitulah betapa hebatnya percintaan apabila kita merasakan dialah yang telah ditakdirkan untuk kita..tetapi bagaimana pula bagi mereka yang gagal dalam perhubungan dan terpaksa memutuskan hubungan tersebut? Saat ini hati kita akan merasakan beban y teramat berat utk kita pikul,,kesakitan yang xmampu kita hadapi,,dan kdg2 menghilangkan semangat kita utk teruskan kehidupan..bukan senang untuk melupakan seseorang yang kita sayang..lebih-lebih lagi apabila selama ini semuanya kita berkongsi dgn dia,,meluangkan masa dengan dia,,dan menghabiskan sepenuh masa dengan kita..mereka yang berada disekeliling kita akan sentiasa bagi semangat pada diri kita..Contohnya mcm ny... "Jangan risau,,pasti akan ada yang lebih baik selepas ini",,"Lupakan dia,,carik yang baru..ko handsome/cantikk..confirm ramai nak punya",,"Kenapa ko nak seksa diri ko,,dia bukan ingat kat ko pun..lebih baik teruskan kehidupan dan carik y baru",,"Bunga bukan sekuntum/Kumbang bukan seekor" dan mcm2 lagi ..tapi hakikatnya,,kita akan masih mengingati si dia dalam hidup kita..kita akan terkenang walaupun kita xingin nak mengenangnya.. ~We can ignore the feelings, but the scar will always exist in our heart.. Jadi,,bercinta ini ada pros and cons..sape yang sentiasa dapat pros,,memang mereka adalah pasangan yang bertuahlah kan..hehee..tapi y dapat cons tu,,how should we handle this kind of situation??hehee..jadi kali ini,,in syaa Allah saya akan berkongsi beberapa tips yang boleh digunakan utk kita melupakan si dia yang pernah kita sayangi =)

Wrote by Terror Of Death at 9:07:00 AM 12 comments

Thursday, November 8, 2012

Mengenali Hati Pasangan Anda

Assalamualaikum wbt kepada para readers y dihormati.. entry kali ini berkaitan dgn mengenali hati pasangan anda..lebih kurang juga dgn entry Mengenali Hati Wanita dan Fakta Mengenai Lelaki.. Seperti yang anda tahu,,setiap hubungan memerlukan kepercayaan dan kefahaman yang tinggi diantara lelaki dan perempuan.. kunci untuk kebahagiaan dlm sesuatu hubungan bermula apabila kita saling faham-memahami sifat diri pasangan masing-masing,, mengalah dalam sesuatu perkara dan lain-lain.. tapi kadang-kadang kita xmampu nak melakukan semua 2..bukannya kita xdpt nak lakukan, tp mgkn juga anda(y perempuan tidak tahu sifat lelaki) atau lelaki tidak tahu sifat perempuan.. jadi dibawah ini ada sedikit hints utk dijadikan rujukan untuk anda dan diri saya sendiri..
Wrote by Terror Of Death at 4:51:00 PM 0 comments

Khas Untuk Si Dia



Assalamualaikum wbt sygg,,entry kali ni khas untuk syg..dah lama b xberikan ayat-ayat cinta pada syg kan (wahhhhhhh) First skali, b nak minta maaf sebab selalu buat sayang nangis, kalau seminggu sekali xpew lagi, ni hampir stp hari b buat syg nangis..b minta maaf sngt2 k..b xbermaksud nak buat mcm 2 2nd, b nak beritahu kat syg yang selain bersilat, bersenam dan lepak dgn kwn2, kebanyakkan masa b hanya utk syg..jadi syg jgn risau k..b xnk syg marah-marah..bukan sebab b terasa, tapi bila syg marah, mesti syg akan nangis..b xnk syg nangis..jadi,,syg jgn marah-marah k,,syg belasah jew b supaya kemarahan 2 hilang..belasah mcm ny (b terima dgn hati y terbuka )..3rd,, b rasa heppy sangat dgn syg b xtahu nak ungkapkan mcm mana,,walaupun kadang2 kita selalu salah faham (haaa,,,kowang jgn slah faham,,,kitaowg xgaduh pun,,kan syg) ..tapi  b rasa disebabkan tu kita sentiasa rapat.. InsyaAllah bila dah kahwin,,klu
Wrote by Terror Of Death at 7:36:00 AM 1 comments

Wednesday, November 7, 2012

Lukisan Masa Lapang

Assalamualaikum wbt. entry kali ini adalah utk menyelitkan hasil doodle yang saya buat selama 4 jam (nampak sngt xprofesional) ..huhuu .. susah juga buat doodle ni..hampir stress bila first try guna pen tool 2 sume.. tp, alhmdlh, berkat kesabaran sy, dapat juga sy siapkan doodle ni..doodle no xperfect lgsng.. nak y btowl2 smart boleh cari dekat blog Fizgraphic..website dia ada banyak freebies yang cantik.. yang saya punya hanya sekadar keseronokan sendiri  


HASIL KARYA 1
  
Wrote by Terror Of Death at 10:28:00 PM 0 comments

Tuesday, November 6, 2012

Mengenali Hati Wanita


Assalamualaikum wbt. Kali ini saya nak berkongsi mengenai sifat-sifat yang berada di dalam diri seorang wanita. Ini hanya sekadar perkongsian, dan sudah semestinya tidak 100% tepat Perkongsian ini more kepada lelaki yang ingin mengetahui hati wanita yang dia cintai. Selamat membaca 

Mengenali Hati Wanita
  1. Apabila wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air matanya, ini bermakna dia sedang menangis di dalam hati
  2. Sekiranya wanita tidak menghiraukan anda setelah anda menyakiti hatinya, anda berikan dia masa utk menenangkan diri sebelum menegurnya dengan ucapan maaf
  3. Wanita susah nak mencari benda yang paling dia benci di dalam diri org yang dia sayang
  4. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat ( jadi, para lelaki jangan merenung y boleh menimbulkan salah faham yew )
  5. Wanita memang sukakan pujian, tetapi tidak tahu mcm mana hendak menerimanya
Wrote by Terror Of Death at 9:53:00 PM 0 comments

Fakta Mengenai Lelaki



Assalamualaikum wbt. Kali ini saya ingin berkongsi tentang "Fakta Mengenai Lelaki" .. Ini hanyalah sebagai rujukan dan bukan 100% tepat okay .. Enjoy the reading  

Fakta Mengenai Lelaki

  1. Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang dapat menyejukkan hatinya dan mempesona. Oleh itu, tidak hairan apabila ada lelaki akan cakp gadis itu cantik, dan sebahagian lagi bukan. Sebab yang mereka cari adalah wanita yang paling hati mereka senangi 
  2. Lelaki sangat benci dikhianati. Walaupun luarannya kasar dan ego, mereka merupakan makhluk y lemah. Sebab itu anda akan lihat lelaki lebih banyak cuba mengawal anda kerana mereka sebenarnya takut kehilangan anda
  3. Jika dia mengatakan " Ya, aku tidak memahami kamu ", itu maknanya pemikiran dia dan ada berbeza. Bukan berarti tidak boleh bersatu, tetapi saling cuba memahami antara satu sama lain
  4. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktiviti bersama kawan-kawannya. Tapi percayalah, semasa dia bersiap-siap nak tidur anda selalu ada di fikirannya. Mereka akan senyum-senyum sendiri apabila mula membayangi senyuman wajah anda
  5. "Awak sedang buat apa" atau "Awak dah makan ke belum" adalah ayat yang paling banyk lelaki gunakan ketika ber"sms" atau bertelefon. Mereka bukan makhluk yang pandai berkata-kata (kecuali mat romeo), tetapi mereka ingin tahu semua perkara mengenai anda
  6. Jika seseorang lelaki mencintai anda, dia akan menerima anda seadanya. Mereka mungkin akan menasihati anda ketika anda ingin diet, tetapi mereka tulus mencintai anda  
  7. Lelaki sangat tergila-gila melihat senyuman anda. Oleh itu jangan memelihara muka yang masam, senyumlah dan buat dia terpesona
Wrote by Terror Of Death at 8:24:00 PM 1 comments

Jenis-Jenis Lelaki

Assalamualaikum wbt.. Entry kali ini nak membincangkan mengenai jenis-jenis lelaki yang saya jumpa setelah melakukan research semalam.. Seperti yang anda semua tahu, setiap lelaki ada sifat-sifat yang tersendiri.. dengan mengenali sifat-sifat lelaki ini, pihak perempuan di luar sana pasti akan dapat memenangi hati lelaki yang dia cintai.. perlu diingat bahawa lelaki selalu ingin mencari wanita yang boleh memahami hatinya dan menyokongnya dalam setiap perkara yang dia lakukan. Lelaki terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Rockstar, Sportsman, Mamat Geeks, Romeo, Aku Sahaja Yang Betul.
Wrote by Terror Of Death at 5:39:00 PM 6 comments

Wednesday, October 24, 2012

Menghadapi kesedihan

Assalamualaikum kepada para readers yang dihormati

Kali ini sy ingin membincangkan mengenai sejenis emosi y dikenali sebagai kesedihan. Setiap org pasti merasai kesedihan. Dan tidak semua orang mampu menghadapi kesedihan. Utk menghadapi kesedihan adalah perkara y amat sukar sekiranya kesedihan itu dtgnya dari org y sngt kita sayangi. Saya tertarik dgn kata-kata dari Al-Kindi dlm bukunya yang bertajuk Daf 'al-Ahzan (Menyingkir Kesedihan). Kata beliau, 

"Orang yang bersedih hati kerana kehilangan miliknya atau gagal memperolehi sesuatu yang dicarinya, kemudian merenungi kesedihannya dari segi falsafah, lalu dia faham bahawa penyebab kesedihannya itu bukanlah keperluan, lalu dia saksikan ramai orang yang tidak memiliki harta itu tetapi mereka tidak bersedih, bahkan gembira dan bahagia, tidak hairan lagi dia akan tahu bahawa kesedihan bukanlah perkara yang perlu dan bukan semulajadi dan bahawa orang yang bersedih hati dan berlaku kejadian ini pada dirinya, pasti dia akan gembira dan kembali kepada keadaan asalnya"

Melalui kata-kata ini, dapat kita simpulkan y kesedihan itu tidak bersifat kekal dan kita mampu utk bergembira sekiranya kita dapat menghadapi kesedihan itu secara face-to-face. Bukan dengan cara melarikan diri atau meratapi kesedihan tersebut. Itu hanya akan menambahkan derita kepada diri kita dan juga kepada orang y berada disekeliling kita. Tetapi bukan mudah utk menghadapi kesedihan, saya sendiri mgkn tidak mampu menghadapinya sekiranya orang y sngt saya sayangi pergi meninggalkan saya. Tetapi saya ingin berkongsi juga dengan apa y saya baca dgn anda semua. InsyaAllah, mudah-mudahan ia mampu menguatkan kita utk menghadapi kesedihan y pasti akan datang menemui kita.
Wrote by Terror Of Death at 11:05:00 AM 0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

PRINCE SPIRO Copyright © 2010 Design by me, hazmispiro